RSS

>kEkUataN WaNita (^_^)

20 Sep

>

kekuatan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaannya dalam menjalani kehidupan seharian. Wanita yang GAGAH adalah :

1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan

– kehilangan tidak seharusnya ditatapi dengan kesedihan. tetapi jika seseorang wanita itu mempunyai kekuatan jiwa dan sanubarinya, kehilangan tersebut dapat diterimanya dengan hati yang terbuka. ini kerana yang hilang tidak akan muncul kembali walaupun menangis dengan air mata darah sekalipun.

2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan

– wanita yang mempunyai kekuatan perasaan yang tinggi tidak akan gentar dengan kemiskinan. Kaya atau miskin, kehidupan padanya mesti diteruskan jua dan ini bukannya satu persoalan untuk menyalahkan kehidupan ini. Apa yang berbeza adalah cara untuk mengatasinya dengan menggunakan kekuatan yang ada.

3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

– walaupun berjauhan dan saling tidak berjumpa untuk satu tempoh yang panjang, wanita tersebut tetap tenang menghadapi suratan kehidupan ini. ini menunjukkan kekuatan perasaan yang dimiliki oleh wanita tersebut walaupun sedang dilamun rindu. kerinduan pasti ada penghujungnya bagi wanita yang sedemikian rupa.

4. Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

– menerima seadanya. wanita yang kental dan mempunyai kekuatan tidak akan meminta-minta mengikut nafsunya yang tidak pernah puas dengan nikmat yang terdapat didunia ini. sebaliknya mereka akan bersyukur dengan apa yang dikurniakan dalam kehidupan yang sementara ini.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat” surah al-azhab : ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.”Dan Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan besar”

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada September 20, 2010 in Wanita

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: