RSS

>Saudara, Kekayaan dan Amal Perbuatan

02 Okt

>

Kata Kumail, “Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, “Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu.”

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, “Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa.”

Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, “Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya.”

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang buruk yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya.

Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, “Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan karib kerabatnya akan kembali selepas upacara pemakamannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja.”

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, “Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudaramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?”

Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, “Hubungan itu dapat diumpamakan dengan hubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya.

Apabila manusia akan mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, “Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?”

Saudaranya menjawab, “Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya.

Pertanyaan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawabannya “Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Setelah engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain.” Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya.

Apabila pertanyaan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, “Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik.” Saudara yang terakhir ini ialah amal keaikan yang telah dilakukan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu?”

Jawab para sahabat, “Ya Rasulullah tidak ragu lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya.”

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada Oktober 2, 2010 in Hikmah, Kisah

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: