RSS

>~ Dunia ~

18 Mar

>
dunia..
di dalam mu penuh dengan kebahagiaan..
penuh juga dengan keseronokan..
dan tak kurang juga..
ada kesengsaraaan..

tapi bagi kami..
diri mu hanyalah satu persinggahan..
dalam perjalanan kami untuk menghadap Tuhan..
dalam pelajaran mencari keredhaan..
dan diri mu itu..
hanyalah sebagai tempat semaian..
yang akan kami bawa..
saat dipanggil menghadap Tuhan..
indahnya diri mu..
sehinggakan mata tak pernah jemu..
untuk menatap setiap perhiasan yang ada pada mu..
tapi kadangkala..
diri mu turut serta sebagai penggoda..
yang akan menggoda setiap manusia..
daripada terus mencari cinta Yang Maha Esa..
kami memohon kepada mu wahai dunia..
janganlah..
janganlah digoda kami yang berjiwa lemah..
tapi bila difikir kembali..
diri mu sebenarnya tidak bersalah..
hanya kami yang salah dalam memilih langkah..


cantiknya..
cantiknya segala ciptaan Yang Maha Esa..
sehingga tidak mampu untuk diukir dengan kata kata..
tak kan pernah jemu untuk ditatap lama lama..
sampai ada yang tak mahu berpisah dengannya..
tapi ingatlah wahai manusia..
semua itu akan kau tinggalkan jua..
hanya dosa dan pahala yang akan kau bawa..
di saat dan ketika..
diri mu dipanggil menghadapNya..
dunia yang dulunya kau puja..
dunia yang dulunya kau bersama sama dengannya..
pasti akan kau tinggalkan jua..
hidup di dunia bukan untuk bersuka ria..
bukan juga untuk bergelak ketawa..
habis tu, untuk apakah dunia dicipta ?
habis tu, apakah fungsinya dunia kepada kita ?
jika tidak boleh bersuka ria..??
jika tidak boleh untuk bergelak ketawa..??
boleh..
boleh untuk kau bersuka ria..
boleh juga untuk kau bergelak ketawa..
akan tetapi..
lakukanlah secara berpada pada..
jangan sampai diri mu terpedaya..
kerana semuanya itu..
diwujudkan hanya untuk menggoda..
agar diri mu nanti akan teleka..
ambillah dunia..
terokailah segala yang ada padanya..
tetapi..
ingatlah pesanan ini..
semua itu jangan sesekali kau simpan di dalam hati..
cukuplah sekadar menjadi penyeri..
penyeri untuk menjadikan hidupmu lebih harmoni..
wahai dunia..
lambat laun..
diri mu pasti kami tinggalkan..
hanya menunggu masa dan ketika..
kerana kita sama sama..
akan dipanggil untuk menghadap Tuhan..
 

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada Maret 18, 2011 in Puisi, Syair

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: