RSS

>PenCipTa

18 Mar

>Bila ditanya siapa pencipta telefon
Semua orang tahu
Alexander Graham Bell
Semua kaji tentangnya

Semua selidiki kajiannya

Bila ditanya siapa pencipta mentol
Semua orang tahu
Sir Thomas Eddison
Semua kaji tentangnya
Semua selidiki kajiannya

Bila ditanya siapa pencipta kapal terbang
Semua orang tahu
Wright bersaudara
Semua kaji tentangnya
Semua selidiki kajiannya

Bila ditanya siapa manusia pertama menjejaki bulan
Semua orang tahu
Neil Amstrong
Semua kaji tentangnya
Semua selidiki kajiannya

Bila ditanya
Siapa yang mencipta bulan yang dipijak Neil Amstrong
Semua macam nak tutup mata
Tutup minda
Semua tak bersuara
Mereka tahu mereka faham
Cuma mereka tak mengkaji tentangNYA
Cuma mereka tak rajin baca KALAM NYA
Cuma mereka leka tentang KEBESARAANNYA
Cuma mereka tak rajin mendengar nasihat kekasihNYA

Siapa pencipta langit yang tiada tiangnya
Langit dicipta lagi canggih
Langit dicipta lagi anggun
Tiada tiang tak jatuh
Tiada tongkat tak tumbang
Yang mendapat petunjuk tahu
Yang mendapat hidayah tak leka
Yang mendapat cahaya faham

Pelik
Bila pencipta itu manusia
Semua tahu tak kira bangsa
Satu dunia tahu

Bila pencipta itu ALLAH MAHA KUASA
Ramai yang nak berdalih
Kalau kafir dia tetap kafir
Kalau tahu pun tak beriman
Kalau tahu pun berpaling
Yang lagi teruk
Mengaku islam pun nak berdalih

Manusia, manusia tak pernah bersyukur
Sentiasa berpaling

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada Maret 18, 2011 in Puisi, Syair

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: